Friday, June 10, 2016

8 JUN 2016 - IKAN LAMPAM : FAMILI BAHARU KOSASS GO GREEN

Pada 8 Jun 2016 kami menambah ahli baharu dalam KOSASS Go Green iaitu 8 ekor Ikan Lampam Sungai atau nama saintifiknya Puntius schwanenfeldii.

Tuesday, June 7, 2016

7 JUN 2016 - KEBUN SUDAH MENGHIJAU

Gambar di bawah diambil pada 7 Jun 2016. Sayuran tersebut disemai pada 5 Mei 2016, bermakna sayuran tersebut sudah berumur 4 minggu 5 hari. 


Gambar di bawah diambil dari tanaman akuaponik yang terdiri daripada sayur kangkung dan salad.


7 JUN 2016 - PERKEMBANGAN ANAK BENIH SALAD (LACTUCA SATIVA)

7 Jun 2016. Kami memerhati perkembangan anak benih Salad (Lactuca Sativa) bermula dari tarikh semaiannya. Gambar adalah seperti berikut :



Dari kiri (atas) : Berumur 1 hari (31 Mei 2016) , 2 hari (1 Jun 2016)
Dari kiri (bawah) : Berumur 7 hari (6 Jun 2016), 8 hari (7 Jun 2016)

7 JUN 2016 - ANAK POKOK BENDI DIMAKAN SIPUT BABI

Pada 7 Jun 2016, kami mengesan satu anak Pokok Bendi dimakan Siput Babi. Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Gambar sepeti di bawah :




Monday, June 6, 2016

6 JUN 2016 - SALAM PERTAMA RAMADHAN

Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ini 6 Jun 2016 bersamaan 1 Ramadhan 1437 Hijrah, adalah hari pertama kita umat Islam menyambut Bulan Puasa pada tahun ini. Semoga kita semua diberkati oleh-Nya.

Pada hari ini juga, genap tumbuhan yang kami tanam berumur 4 minggu 4 hari. Berikut adalah gambar yang diambil pada tarikh 6 Jun 2016 (Isnin).


Friday, June 3, 2016

3 JUN 2016 - ANAK POKOK SALAD, SAWI HIJAU HONG KONG, KANGKUNG, TOMATO & TERUNG DITANAM SECARA FERTIGASI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdulillah di hari Jumaat yang penuh barakah ini, KOSASS Go Green kini melalui perkembangan pertumbuhan yang memberangsangkan. Keadaan cuaca yang 'cantik' pada minggu ini dimana taburan hujan dan pencahahayaan matahari yang mencukupi sangat membantu tumbuhan kami berkembang elok. Gambar ini diambil pada tarikh 3 Jun 2016 (Jumaat).


Dari kiri (atas) : Salad & Sawi Hijau Hong Kong (berumur 4 minggu)
Dari kiri (bawah) : Sawi Hijau Hong Kong & Kangkung (berumur 4 minggu)


Anak Pokok Tomato & Terung berumur (4 minggu)


Gambar di atas menunjukkan Pengurus KOSASS (Haji Mokhtar bin Dahari)
 sedang menyiram anak pokok yang kian membesar.


Gambar di atas menunjukkan anak ikan talapia merah sedang diberi makan.



Thursday, June 2, 2016

2 JUN 2016 - TEKNIK SIRAMAN DAN BAJA (2 DALAM 1)

Pada entri kali ini, kami ingin kongsikan teknik siraman yang kami lakukan. Iaitu Baja A (1 penutup botol) + Baja B (1 penutup botol) + 1 Botol Air paip. Jarak masa pengisian Baja A dan Baja B adalah dalam 5 minit kerana jika diisi serentak baja tersebut akan bertindak balas dan nutrien tersebut akan hilang. Waktu siraman adalah pada awal pagi dan lewat petang. Tetapi teknik ini tidak boleh dilakukan selalu, hanya jika dapati tumbuhan kekurangan nutrien maka digalakkan untuk lakukannya. Berikut adalah gambar sukatan :


2 JUN 2016 - PISKIPONIK ATAU AKUAPONIK

Alhamdulillah. Pada hari ini 2 Jun 2016, kami memulakan projek membela anak ikan talapia merah dan anak ikan keli. Anak ikan keli ini dibeli dengan harga RM 11.00. Pihak Kolej mengambil keputusan untuk membela ikan kerana untuk mewujudkan sistem Piskiponik atau Akuaponik.


Piskiponik atau Akuaponik adalah sistem penghasilan makanan yang menggabungkan teknik akuakultur (menternak haiwan akuatik seperti ikan, udang atau siput di dalam tanki), dengan hidroponik (menanam pokok di dalam air) dalam persekitaransimbiotik. Dalam akuakultur normal, pembuangan sisa najis haiwan seperti ikan boleh terkumpul di dalam air meningkatkan toksisitinya. Dengan sistem piskiponik, air dari sistem akuakultur itu disalurkan kepada sistem hidroponik. Produk lebihan itu diuraikan oleh bakteria pengurai-nitrogen kepada nitrat dan nitrit. Tumbuhan kemudiannya dapat mengambil nutrien tersebut. Air tersebut kemudian disalurkan kembali ke sistem akuakultur itu.
Integrasi kultur ikan tilapia merah dan salad daun memberikan keputusan yang terbaik dan dijadikan model pengeluaran makanan secara berterusan menggunakan sistem piskiponik.
Sumber : Wikipedia

Akuaponik adalah gabungan Akuakulutur (ternakan ikan air tawar) dan Hidroponik(kaedah pertanian berasaskan air). Akuakultur dan Hidroponik mempunyai masalah tersendiri dan dengan menggunakan kaedah Akuaponik, kedua-dua masalah ini dapat diselesaikan secara serentak dan lebih produktif dalam pengeluaran hasil pertanian dan ternakan.
Masalah dalam Ternakan Akuakultur :
  • Tahap amonia dalam kolam perlu dipantau.
  • Tahap amonia yang tinggi menyebabkan ternakan akan mati.
  • Dalam tempoh tertentu, air perlu ditukar.
  • Memerlukan sistem penapisan air yang khusus untuk mengasingkan 'solid waste'didalam kolam atau tangki.
Masalah dalam Pertanian Secara Hidroponik :
  • Kos nutrien yang tinggi.
  • Perlu kepakaran tinggi untuk penyediaan nutrien.
  • Dalam tempoh tertentu, air perlu ditukar.
  • Terhad kepada tanaman tertentu sahaja.
  • Perlukan perhatian yang lebih dan amat sensitif terhadap tahap nutrien dan air.
Sumber : Akuaponik





Lokasi : KOSASS Go Green

SUDUT BACAAN READ@UNI

       19/9/2022 Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah iaitu Prof Madya Dr. Mursyid bin Arshad telah merasmikan sudut bacaan yang dib...