Wednesday, November 6, 2019

INOVASI

INOVASI KERUSI LAMA
Sudut Bacaan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) ditubuhkan selepas KOSASS mengambil keputusan untuk menyertai Pertandingan Sudut Bacaan anjuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia. Proses penubuhan Sudut Bacaan ini bermula pada cuti semester iaitu pada 29 Jun 2019. Konsep Sudut Bacaan KOSASS adalah daripada bahan terpakai.
INOVASI KERUSI LAMA
Inovasi Kerusi Lama menjadi baharu. (seperti di bawah)

  
 
SEJARAH PENUBUHAN SUDUT BACAAN KOSASS
Sudut Bacaan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) ditubuhkan selepas KOSASS mengambil keputusan untuk menyertai Pertandingan Sudut Bacaan anjuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia. Sudut Bacaan ini telah diberi nama Belantara Ilmu yang membawa maksud luasnya ilmu. Ilmu yang perlu dituntut manusia sehingga ke negeri China.

Proses penubuhan Sudut Bacaan ini bermula pada cuti semester iaitu pada 29 Jun 2019. Sudut Bacaan ini siap sepenuhnya dan mula digunakan oleh warga KOSASS pada 1 September 2019. Konsep menggunakan bahan terpakai daripada katil kayu yang telah rosak dan patah adalah selepas staf membuat semakan inventori di bilik-bilik pelajar. Katil kayu tersebut yang sudah berumur seawal penubuhan KOSASS iaitu sejak tahun 1983, pihak kolej mendapati kayu-kayu tersebut masih boleh diubahsuai kegunaannya. 

  
 
  
 

PENJURIAN PERINGKAT SARINGAN PERTANDINGAN SUDUT BACAAN KOSASS
2 Oktober 2019 - Penjurian Peringkat Saringan Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2019 di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah berlangsung pada jam 11 pagi. Penjurian terbahagi kepada 7 kriteria penilaian iaitu Nama Sudut, Ruang, Bahan Bacaan, Konsep, Kepelbagaian Sumber atau Bahan Bacaan, Ulasan Bahan, dan Kreativiti dan Inovasi. Kesemua kriteria tersebut merangkumi 100 markah keseluruhan. Penjurian dimulai dengan ulasan yang dibentangkan oleh Puan Hajah Kalthom Abu Bakar selaku Ketua Sudut Bacaan KOSASS. Penjurian berjalan dengan lancar dan mengambil masa selama 1 jam.
 
Sudut Bacaan KOSASS yang terletak di laluan strategik berdekatan dengan laluan utama kolej iaitu besebelahan ruang perbincangan pelajar (Gazebo Peladang). Sudut Bacaan KOSASS juga dikenali sebagai 'BELANTARA ILMU' mulai digunakan oleh warga KOSASS sejak 1 September 2019 sebagai ruang membaca dan mengulangkaji pelajaran. Belantara Ilmu kebiasaannya dipenuhi oleh pelajar pada waktu malam kerana kedudukannya yang startegik dan selesa sebagai tempat menuntut ilmu sesuai dengan nama yang diberi iaitu Belantara Ilmu.
Keadaan Sudut Bacaan KOSASS pada waktu malam.
PERASMIAN 'BELANTARA ILMU' SUDUT BACAAN KOSASS
12 September 2019 - Sudut Bacaan KOSASS buat julung kalinya dirasmikan pada 12 September 2019 oleh Pengetua KOSASS, Lt. Kdr. Prof. Madya Gs. Dr. Mohd Hasmadi bin Ismail PSSTLDM. Simbolik perasmian adalah dengan menyerahkan sebuah BUKU iaitu 'Memoir Radin Umar Radin Sohadi - aku dan amanah-MU' kepada wakil pelajar KOSASS sebagai buku rujukan untuk diletakkan di Sudut Bacaan KOSASS yang juga dikenali sebagai 'Belantara Ilmu'. Buku tersebut merupakan sumbangan Sudut Bacaan Read@Uni yang diterima oleh Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah daripada Perpustakaan Sultan Abdul Samad.

Gambar menunjukkan Perasmian Sudut Bacaan (Belantara Ilmu) KOSASS oleh Pengetua KOSASS pada 12 September 2019.

Monday, September 9, 2019

JUARA PERTANDINGAN CHEERS INTERKOLEJ 2019
07 September 2019 - Bukit Ekspo UPM. Sempena Program Putra Souq Minggu Perkasa Putra 2019, satu Pertandingan Cheers Interkolej telah diadakan di Bukit Ekspo UPM. Kolej Sultan Alaeddin telah menjuarai Pertandingan Cheers Interkolej bagi tahun 2019. Tahniah kepada semua Pelajar Baharu Sesi 2019/2020 serta Fasilitator dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPK) yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tempat Kedua dimenangi oleh Kolej Tujuh Belas dan Kolej Pendeta Za'ba mendapat Tempat Ketiga.

Tahniah Juara Cheers Putrasouq! 
"Pahlawan KOSASS"

"Sekali dihati, selamanya abadi"

SEWAAN DEWAN JAUHARI

Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, UPM mempunyai sebuah Dewan yang diberi nama Dewan Jauhari, UPM dengan mempunyai kapasiti 250 - 300 orang dan lengkap dengan Penghawa Dingin
Selain digunakan untuk aktiviti pelajar KOSASS, dewan ini terbuka kepada sewaan Majlis Perkahwinan dengan kadar sewaan yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut mengenai sewaan/kadar pembayaran boleh semak DISINI atau menghubungi Pejabat Am ditalian 03-9769 7384.
Untuk menyemak tarikh tempahan Dewan Jauhari,

Thursday, February 14, 2019

Taman Mini Herba Kosass


    


Taman Herba ini terletak di tapak Gong Pidato Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). Berkeluasan 20 kaki dan mempunyai beberapa jenis spesis tumbuhan herba tempatan , untuk pelbagai kegunaan seperti perubatan, aromatherapi, dan kosmetik, termasuk sebagai ulam dan rempah.
Taklimat yang diberikan oleh Dr. Paiman bin Bawon (Fakulti Perhutanan) adalah berkenaan ciri-ciri tanaman herba, khasiat pokok herba, cara penanaman dan cara penjagaan tanaman herba kepada staf KOSASS.
  Pemilihan konsep untuk dekorasi atau taman lazimnya dipengaruhi trend terkini. Ternyata konsep taman herba tempatan yang diterapkan itu bukan sekadar menawarkan keindahan semula jadi, malah boleh menjadi pelengkap ramuan dalam masakan.

    Tumbuhan herba memang diketahui umum mempunyai pelbagai kegunaan. Namun tidak ramai yang berminat untuk mendalami ilmu penanamannya kerana beranggapan pokok herba sukar ditanam. Apa yang pasti, konsep landskap begini dapat memberi pengajaran dan pembelajaran kepada pelawat. Melalui taman herba ini,kami berkongsi pengetahuan cara menanam dan menggunakannya dalam kehidupan harian.
   Tumbuhan herba yang di tanam adalah :

  • Lengkuas / Kaempferia Galanga
  • Bangun- bangun@ Ati-ati Hijau / Solenostemon Ambioinicus
  • Sirih / Piper Betle
  • Ulam Raja / Cosmos Caudatus
  • Serai / Cymbopogon Citratus
  • Belalai Gajah / Clinacanthus Nutans
  • Limau Purut / Citrus Hystrix
  • Limau Kasturi / Citrus Microcarpa
  • Kari / Murraya Koenigii
  • Pokok Rama-Rama / Mariposa Christia Vespertillonis
  • Misai Kucing /Orthosiphon Stamineus
  • Jarum Tujuh Bilah / Pereskia Sacharosa
  • Kelor @ Merunggai / Moringa Oleifera
  • Lidah Buaya / Aloe Vera
  • Petai / Parkia Speciosa
  • Bunga Telang / Clitoria Ternatea
  • Tenggek Burung / Euodia Redleyi
  • Roselle @ Asam Raya @ Asam Susur / Hibiscus Sabdariffa L.
  • Kacang Botol / Psophocarpus Tetragonolobus
  • Cili Padi / Capsicum Frutescens Linn

Malam Apresiasi Semai Budi

  DI SINI BERMULA, DI SINI DIKENANG       Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2024/2025 dengan ...