Wednesday, September 27, 2017

KPO 2017

       
      
   
       KOSASS 7/07/2017 Telah berlangsungnya Program Kursus Pemantapan Organisasi , Kursus Pemantapan Organisasi ini adalah inisiatif barisan MTM sendiri dalam Proses menambah baik dan memantapkan lagi aspek pengurusan dan cara organisasi dalam kalangan warga kolej.
Program latihan ini dicadangkan diadakan di dalam kampus kerana pendekatan ini lebih efektif sebagai teras dalam menerapkan indeks kemahiran terutamanya dalam aspek kepimpinan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat.

Sila layari laman web kami

Tuesday, September 26, 2017

Program Orientasi KOSASS


  KOSASS: 25 SEPTEMBER 2017  Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) menganjurkan program orientasi Mesra-Mesra KOSASS (MMK) bersempena kemasukan siswa baru sesi 2017/2018 Universiti Putra Malaysia (UPM).
         Program ini adalah aktiviti tahunan kolej kediamankhusus untuk memberi pendedahan kepada penuntut baharu berkenaan kehidupan dan pembelajaran di kolej kediaman di universiti awam.
         Program ini bertujuan memupuk dan menyemai semangat kekitaan,kekeluargaan serta menyayangi universiti sebagai tempat menuntut ilmu .




       Seramai 145 pelajar baharu ditempatkan di kolej kediaman ini menyertai program MMK yang bertemakan ‘Left No One Behind” ini mengikuti pelbagai modul yang menerapkan pelbagai nilai kemahiran insaniah berguna bagi seorang mahasiswa misalnya kemahiran komunikasi, kerjasama dan kempimpinan.

Sila layari Laman WEB kami.

Wednesday, July 20, 2016

20 JULAI 2016 - PERKEMBANGAN TERKINI KOSASS GO GREEN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca.

Sepanjang minggu ini KOSASS Go Green menerima taburan hujan yang agak banyak setiap petang. Gambar kebun kami yang terkini seperti di bawah :

Gambar diambil pada 20 Julai 2016 (Rabu)








Friday, June 10, 2016

8 JUN 2016 - IKAN LAMPAM : FAMILI BAHARU KOSASS GO GREEN

Pada 8 Jun 2016 kami menambah ahli baharu dalam KOSASS Go Green iaitu 8 ekor Ikan Lampam Sungai atau nama saintifiknya Puntius schwanenfeldii.

Tuesday, June 7, 2016

7 JUN 2016 - KEBUN SUDAH MENGHIJAU

Gambar di bawah diambil pada 7 Jun 2016. Sayuran tersebut disemai pada 5 Mei 2016, bermakna sayuran tersebut sudah berumur 4 minggu 5 hari. 


Gambar di bawah diambil dari tanaman akuaponik yang terdiri daripada sayur kangkung dan salad.


7 JUN 2016 - PERKEMBANGAN ANAK BENIH SALAD (LACTUCA SATIVA)

7 Jun 2016. Kami memerhati perkembangan anak benih Salad (Lactuca Sativa) bermula dari tarikh semaiannya. Gambar adalah seperti berikut :



Dari kiri (atas) : Berumur 1 hari (31 Mei 2016) , 2 hari (1 Jun 2016)
Dari kiri (bawah) : Berumur 7 hari (6 Jun 2016), 8 hari (7 Jun 2016)

7 JUN 2016 - ANAK POKOK BENDI DIMAKAN SIPUT BABI

Pada 7 Jun 2016, kami mengesan satu anak Pokok Bendi dimakan Siput Babi. Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Gambar sepeti di bawah :




Malam Apresiasi Semai Budi

  DI SINI BERMULA, DI SINI DIKENANG       Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2024/2025 dengan ...