Sunday, August 19, 2018

AMALAN 5S DI KOSASS

Amalan 5S Kolej Kediaman bertujuan membentuk persekitaran kerja yang kondusif dengan mengutamakan KEBERSIHAN, KESELAMATAN dan KESELESAAN dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, telus serta menepati nilai-nilai insan.


Aktiviti terkini klik disini

Monday, June 11, 2018

RAYA 2018


                                         





final exam




 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera......

Kepada semus mahasiswa/i Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Pihak Pengetua dan Pengurusan  mengucapkan selamat menjalani peperiksaan akhir semester sesi 2017/2018. Sentiasa bermohon dan bermunajatlah kepada Allah SWT agar diberi petunjuk dan kemudahan semasa menduduki peperiksaan.

Monday, April 2, 2018




 Tahniah diucapkan kepada Pn HJH Kalthom Binti Abu Bakar di atas perlantikan sebagai Pengurus Kolej Sultan Alaeddin Suleiman shah (KOSASS) yang baharu berkuatkuasa 2 April 2018. Warga Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Tn Haji Mokhtar Bin Dahari atas segala tunjuk ajar sepanjang perkhidmatan beliau di sini.




Wednesday, October 11, 2017

SELAMAT DATANG KE KOSASS



KOSASS merupakan kolej kediaman yang menempatkan anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES). Walau bagaimanapun, terdapat juga pelajar-pelajar awam yang turut ditempatkan di KOSASS.
Pentadbiran KOSASS diketuai oleh Lt. Kol. Othman Bin Jailani sebagai pengetua, dibantu oleh pengurus kolej, Tuan Haji Mokhtar bin Dahari, beserta 7 orang staf sokongan.
KOSASS mempunyai 6 buah bangunan merangkumi sebuah bangunan pentadbiran dan 5 buah blok kediaman. Blok kediaman di KOSASS pula terdiri daripada 2 blok pelajar lelaki : Blok Napuh dan Blok Pelanduk, dan 3 blok pelajar perempuan : Blok Rusa, Blok Kijang dan Blok Seladang.
Terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kolej untuk aktiviti para pelajar. Antaranya ialah Balai Minda, Balai Rahmat, Dewan Jauhari, gelanggang futsal, gelanggang bola tampar, gelanggang bola jaring dan juga Medan Intelektual. Selain itu, di KOSASS juga terdapat kafeteria yang menjadi tempat untuk pelajar makan.

Sila layari laman web KAMI

Monday, October 9, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua wakil kolej yang telah menjayakan Majlis Perasmian SUKOL 2017, pada 8 Oktober 2017 di Pusat Sukan UPM, khususnya wakil perbarisan untuk KOSASS telah berjaya mempertahankan juara tahun 2016. Sila layari laman web KAMI
Keputusan Penuh Perbarisan SUKOL 2017 adalah seperti berikut:
Motto Terbaik: K6
Maskot Terbaik: KOSASS
Keseragaman Terbaik: KTDI
Lintas Hormat Terbaik: KOSASS
Perbarisan Terbaik:
5th: K14
4th: KTP
3rd: KTDI
2nd: K17
1st : KOSASS














Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syabas diucapkan kepada semua warga kolej yang telah berjaya menganjurkan ataupun memeriahkan Program Putrabike Fun Ride UPM 2017 di sekitar kawasan kampus zon selatan UPM pada pukul 7.30 pagi, 7 Oktober 2017. Sila lrayari laman web KAMI.










Malam Apresiasi Semai Budi

  DI SINI BERMULA, DI SINI DIKENANG       Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2024/2025 dengan ...