Monday, October 29, 2018


HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN 2018

Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terpilih untuk menyertai pertandingan yang dijalankan sepanjang berlangsungnya Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan Universiti Putra Malaysia. 



Hadiah Idea Inovasi (INQ 2018)

KOSASS telah menghantar penyertaan untuk Hadiah Idea Inovasi (INQ 2018) sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP 2018). Idea yang diketengahkan iaitu Pemasangan Lampu dan Bunyi Amaran di Blok Kediaman. Lampu dan bunyi amaran ini betujuan untuk memastikan pelajar di dalam blok, khususnya blok pelajar wanita untuk lebih peka jika ada kerja penyelenggaraan atau baik pulih yang dilakukan oleh pekerja lelaki.

Sebelum pekerja lelaki memulakan kerja-kerja penyelenggaran di dalam blok, pekerja lelaki tersebut dikehendaki membunyikan bunyi amaran sebanyak 3 kali. Selepas beberapa minit membunyikan siren tersebut, pekerja lelaki akan memasang lampu amaran sepanjang pekerja lelaki berada di dalam blok. Hal ini untuk memastikan pelajar wanita lebih peka terhadap persekitaran pada ketika itu. Sehubungan dengan itu, lampu amaran akan sentiasa dipasang dan menyala sepanjang kerja-kerja penyelenggaraan berlangsung.

Walau bagaimanapun, keputusan pertandingan ini akan dimaklumkan pada 2 Novermber 2018 sempena Program Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Semoga idea ini diterima dan dapat diketengahkan di seluruh kolej-kolej kediaman Universiti Putra Malaysia.


**cerita selanjutnya boleh layari laman web rasmi KOSASS

No comments:

Post a Comment

SUDUT BACAAN READ@UNI

       19/9/2022 Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah iaitu Prof Madya Dr. Mursyid bin Arshad telah merasmikan sudut bacaan yang dib...