Wednesday, October 12, 2022

SUDUT BACAAN READ@UNI

 

 

 

 19/9/2022 Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah iaitu Prof Madya Dr. Mursyid bin Arshad telah merasmikan sudut bacaan yang diberi nama Wadah Ilmu, semasa majlis tersebut Pengetua telah berkongsi ilmu kepada staf dan pelajar. Semasa majlis perasmian, pengetua telah memberi sedikit pengenalan persekitaran kawasan di Kolej Sultan ALaeddin Suleiman Shah (KOSASS) adalah sebagai tempat untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang. Pengajaran dan pembelajaran bermula dari persekitaran yang kondusif. Oleh yang demikian KOSASS telah merealisasikan Sudut Bacaan yang diberi nama WADAH ILMU yang membawa maksud Platform, ruang dan tempat yang kita jadikan platform percambahan ilmu, serta menjadi jambatan untuk menggema seruan Al- Falah dari menara ilmu. Pemilihan tempat Wadah Ilmu ini telah dirancang dengan teliti bersesuaian dengan lokasi kediaman pelajar, selesa dan mudah dikunjungi oleh pelajar-pelajar.

 

 

 

 

 

Wadah Ilmu merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan untuk mendekatkan dan mendedahkan kolegit KOSASS dengan budaya membaca sama ada semasa masa terluang.

 

    

 

Wadah Ilmu ini dihasilkan dengan menggunakan dari bahan terbuang iaitu dari almari dan katil pelajar yang telah rosak, rekacipta rak dan susun atur Wadah Ilmu adalah hasil dari kreativiti staf KOSASS. Konsep yang diketegahkan adalah elastic cafe dimana pelajar boleh menggunakan Wadah Ilmu dengan suasana seperti berada di cafe. 

 

 

video di YouTube

 layari laman web kami : https://kosass.upm.edu.my/

No comments:

Post a Comment

SUDUT BACAAN READ@UNI

       19/9/2022 Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah iaitu Prof Madya Dr. Mursyid bin Arshad telah merasmikan sudut bacaan yang dib...