Thursday, February 14, 2019

Taman Mini Herba Kosass


    


Taman Herba ini terletak di tapak Gong Pidato Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). Berkeluasan 20 kaki dan mempunyai beberapa jenis spesis tumbuhan herba tempatan , untuk pelbagai kegunaan seperti perubatan, aromatherapi, dan kosmetik, termasuk sebagai ulam dan rempah.
Taklimat yang diberikan oleh Dr. Paiman bin Bawon (Fakulti Perhutanan) adalah berkenaan ciri-ciri tanaman herba, khasiat pokok herba, cara penanaman dan cara penjagaan tanaman herba kepada staf KOSASS.
  Pemilihan konsep untuk dekorasi atau taman lazimnya dipengaruhi trend terkini. Ternyata konsep taman herba tempatan yang diterapkan itu bukan sekadar menawarkan keindahan semula jadi, malah boleh menjadi pelengkap ramuan dalam masakan.

    Tumbuhan herba memang diketahui umum mempunyai pelbagai kegunaan. Namun tidak ramai yang berminat untuk mendalami ilmu penanamannya kerana beranggapan pokok herba sukar ditanam. Apa yang pasti, konsep landskap begini dapat memberi pengajaran dan pembelajaran kepada pelawat. Melalui taman herba ini,kami berkongsi pengetahuan cara menanam dan menggunakannya dalam kehidupan harian.
   Tumbuhan herba yang di tanam adalah :

  • Lengkuas / Kaempferia Galanga
  • Bangun- bangun@ Ati-ati Hijau / Solenostemon Ambioinicus
  • Sirih / Piper Betle
  • Ulam Raja / Cosmos Caudatus
  • Serai / Cymbopogon Citratus
  • Belalai Gajah / Clinacanthus Nutans
  • Limau Purut / Citrus Hystrix
  • Limau Kasturi / Citrus Microcarpa
  • Kari / Murraya Koenigii
  • Pokok Rama-Rama / Mariposa Christia Vespertillonis
  • Misai Kucing /Orthosiphon Stamineus
  • Jarum Tujuh Bilah / Pereskia Sacharosa
  • Kelor @ Merunggai / Moringa Oleifera
  • Lidah Buaya / Aloe Vera
  • Petai / Parkia Speciosa
  • Bunga Telang / Clitoria Ternatea
  • Tenggek Burung / Euodia Redleyi
  • Roselle @ Asam Raya @ Asam Susur / Hibiscus Sabdariffa L.
  • Kacang Botol / Psophocarpus Tetragonolobus
  • Cili Padi / Capsicum Frutescens Linn

Tuesday, October 30, 2018



PERTANDINGAN FAIRY GARDEN

Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) antara salah satu daripada keseluruhan Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang menyertai pertandingan “Fairy Garden” yang dijalankan sepanjang berlangsungnya Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Kali Ke-42.

Bersama dengan kakitangan yang bertungkus-lumus menyiapkan Fairy Garden.
*En. Zulkifli Sulaiman (tiada dalam gambar)


Seluruh Staf KOSASS yang bekerjasama dalam menghasilkan Fairy Garden. Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat Tuan Pengetua & Pengurus yang banyak memberikan sumbangan dan dorongan sepanjang menyiapkan Fairy Garden ini.


Fairy Garden yang diberikan nama sebagai Taman Terapeutik Fantasia ini memberikan ketenangan dan kedamaian dengan bunyi kicauan burung, air terjun dan tumbuhan yang menghijau lagi segar. Fairy Garden ini juga mempunyai spesies kaktus berbunga yang jarang ditemui, iaitu Stapelia gigantea.  Dengan izin Allah, pada hari penilaian tersebut, bunga kaktus itu kembang mekar dan menarik perhatian ramai orang yang berkunjung ke Pameran Pertandingan Fairy Garden.

Stapelia gigantea

**cerita selanjutnya boleh layari laman web rasmi KOSASS







Monday, October 29, 2018


HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN 2018

Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terpilih untuk menyertai pertandingan yang dijalankan sepanjang berlangsungnya Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan Universiti Putra Malaysia. Terdapat 10 Anugerah Utama HKIP yang dipertandingkan, iaitu;

1. Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran
     Pemenang Tempat Pertama  : Piala Pusingan + RM 2,000.00 + Sijil
     Pemenang Tempat Kedua    : RM 1,500.00 + Sijil
     Pemenang Tempat Ketiga   : RM 1,000.00 + Sijil

2. Hadiah Mencipta Tema
     - Semua peserta yang menerima sijil penyertaan
     - Hanya seorang pemenang akan menerima Wang Tunai + Sijil.

3. Hadiah Idea Inovasi (INQ 2018)
     - Terbuka kepada semua pekerja Universiti Putra Malaysia (UPM).
     - Hanya LIMA (5) pemenang akan menerima Wang Tunai + Sijil.

4. Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja
     - Diwajibkan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang tidak 
       mendapat pensijilan Amalan 5S/EKSA daripada mana-mana badan
       pensijilan.
     - TIGA (3) kategori hadiah yang terlibat, iaitu;
            i. Kategori Fakulti/Asasi
           ii. Kategori Institut/ Kolej/ SPS/ Akademi
          iii. Kategori Entiti Perkhidmatan
     - Hadiah yang ditawarkan, iaitu;
         Pemenang Tempat Pertama  : Wang Tunai + Sijil
         Pemenang Tempat Kedua    : Wang Tunai + Sijil
         Pemenang Tempat Ketiga   : Wang Tunai + Sijil

5. Anugerah Pengurusan LEAN
     - Terbuka kepada semua PTJ di UPM.
     - Hadiah yang ditawarkan, iaitu;
         Pemenang Tempat Pertama  : Wang Tunai + Sijil
         Pemenang Tempat Kedua    : Wang Tunai + Sijil
         Pemenang Tempat Ketiga   : Wang Tunai + Sijil

6. Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
     - Terbuka kepada semua kumpulan KIK yang diwujudkan di 
       setiap PTJ di UPM.
     - Hadiah yang ditawarkan, iaitu;
         Pemenang Tempat Pertama  : Wang Tunai + Sijil
         Pemenang Tempat Kedua    : Wang Tunai + Sijil
         Pemenang Tempat Ketiga   : Wang Tunai + Sijil

7. Anugerah Inovasi Perkhidmatan
     - Kategori TEKNIKAL dan PENGURUSAN
     - TEKNIKAL
         Pemenang Tempat Pertama  : Wang Tunai + Sijil
         Pemenang Tempat Kedua    : Wang Tunai + Sijil
         Pemenang Tempat Ketiga   : Wang Tunai + Sijil
     - PENGURUSAN
         Pemenang Tempat Pertama  : Wang Tunai + Sijil
         Pemenang Tempat Kedua    : Wang Tunai + Sijil
         Pemenang Tempat Ketiga   : Wang Tunai + Sijil

8. Anugerah Laman Web PTJ
     - Kategori dipertandingkan
          i. Kategori Fakulti
         ii. Kategori Institut
        iii. Kategori Pusat
         iv. Kategori Pentadbiran
          v. Kategori Kolej

9. Anugerah Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan
         Pemenang PTJ Terbaik (Kategori 1)  : Wang Tunai + Sijil
         Pemenang PTJ Terbaik (Kategori 2)  : Wang Tunai + Sijil
         Pemenang PTJ Terbaik (Kategori 3)  : Wang Tunai + Sijil

10. Anugerah Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    - Pemenang bagi setiap kategori akan menerima Wang Tunai + Sijil
    - Dipilih dalam kalangan pemenang Anugerah Tempat Kerja Selamat 
      Tahun 2017 bagi setiap kategori.


Walau bagaimanapun, KOSASS telah menyertai ENAM (6) daripada SEPULUH (10) anugerah yang dipertandingkan. Anugerah-anugerah tersebut seperti;
  i. Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran, 
 ii. Hadiah Idea Inovasi (INQ 2018), 
iii. Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja, 
 iv. Anugerah Laman Web PTJ, 
  v. Anugerah Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan, dan
 vi. Anugerah Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan



**cerita selanjutnya boleh layari laman web rasmi KOSASS



HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN 2018

Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terpilih untuk menyertai pertandingan yang dijalankan sepanjang berlangsungnya Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan Universiti Putra Malaysia. 



Hadiah Idea Inovasi (INQ 2018)

KOSASS telah menghantar penyertaan untuk Hadiah Idea Inovasi (INQ 2018) sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP 2018). Idea yang diketengahkan iaitu Pemasangan Lampu dan Bunyi Amaran di Blok Kediaman. Lampu dan bunyi amaran ini betujuan untuk memastikan pelajar di dalam blok, khususnya blok pelajar wanita untuk lebih peka jika ada kerja penyelenggaraan atau baik pulih yang dilakukan oleh pekerja lelaki.

Sebelum pekerja lelaki memulakan kerja-kerja penyelenggaran di dalam blok, pekerja lelaki tersebut dikehendaki membunyikan bunyi amaran sebanyak 3 kali. Selepas beberapa minit membunyikan siren tersebut, pekerja lelaki akan memasang lampu amaran sepanjang pekerja lelaki berada di dalam blok. Hal ini untuk memastikan pelajar wanita lebih peka terhadap persekitaran pada ketika itu. Sehubungan dengan itu, lampu amaran akan sentiasa dipasang dan menyala sepanjang kerja-kerja penyelenggaraan berlangsung.

Walau bagaimanapun, keputusan pertandingan ini akan dimaklumkan pada 2 Novermber 2018 sempena Program Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Semoga idea ini diterima dan dapat diketengahkan di seluruh kolej-kolej kediaman Universiti Putra Malaysia.


**cerita selanjutnya boleh layari laman web rasmi KOSASS

Monday, October 1, 2018






PIAGAM PELANGAN KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH

Pelaksanaan Piagam Pelanggan adalah bertujuan untuk memajukan pentadbiran awam pada masa ini khususnya berkaitan dengan tahap perkhidmatan, meningkatkan produktiviti dan kualiti anggota-anggota perkhidmatan awam.Piagam Pelanggan juga dilihat sebagai satu mekanisma pentadbiran khusus bagi tujuan memberikan perkhidmatan berkualiti yang dapat menepati kehendak pelanggan.
Piagam Pelanggan juga mengutamakan kepuasan pelanggan samada pelanggan dalaman atau pun pelanggan luaran. Dengan adanya Piagam Pelanggan ini, pelanggan dapat mengetahui dengan jelas fungsi sesuatu jabatan / agensi kerajaan serta memudahkan mereka berurusan bagi memenuhi keperluan mereka.
LAPORAN PIAGAM PELANGAN KOSASS

Sunday, August 19, 2018

AMALAN 5S DI KOSASS

Amalan 5S Kolej Kediaman bertujuan membentuk persekitaran kerja yang kondusif dengan mengutamakan KEBERSIHAN, KESELAMATAN dan KESELESAAN dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, telus serta menepati nilai-nilai insan.


Aktiviti terkini klik disini

Monday, June 11, 2018

Malam Apresiasi Semai Budi

  DI SINI BERMULA, DI SINI DIKENANG       Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2024/2025 dengan ...