KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS)
Thursday, April 3, 2025
Malam Apresiasi Semai Budi
Wednesday, March 19, 2025
PGTK KOSASS PENGGERAK PENGLIBATAN BELIA DALAM PERTANIAN
PGTK KOSASS PENGGERAK PENGLIBATAN BELIA DALAM PERTANIAN
Oleh: Qurratus
Safwah
SERDANG, 10 Januari- Seramai
381 penghuni kolegiat
Kolej Sultan Alaeddin
Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia(UPM)
dari berbagai-bagai latar belakang pendidikan dan pengajian telah menceburkan
diri dalam Projek Gempur Tani KOSASS (PGTK), di sini, baru-baru ini.
Kebun PGTK ini menjalankan tanaman sayur-sayuran seperti
sawi, kangkung dan buah naga secara
konvensional di Tapak Pertanian A manakala tanaman di Tapak Pertanian B
menggunakan sistem fertigasi dengan menempatkan tanaman cili.
Ketua
Projek Projek Gempur Tani KOSASS (PGTK), Muhammad Alif Amirul berkata hasil
tanaman segar seperti kangkung, sawi dan buah naga telah
dipasarkan di kedai
makan serta kolej-kolej sekitar UPM mengikut hari dan masa tempahan yang diminta oleh
para pelanggan.
Selain memasarkan hasil tanaman di sekitar UPM, tempahan secara atas talian juga diterima daripada pelanggan luar UPM yang berminat untuk mendapatkan hasil tanaman PGTK.
Pengambilan tempahan dijalankan melalui dua cara, iaitu penghantaran terus (COD) yang dikenakan caj dan pengambilan sendiri( self-pickup) .
Katanya kelab PGTK juga merancang untuk meneruskan inisiatif tanaman yang sedia ada dan bercadang untuk menjalankan penternakan ayam yang akan bermula pada semester kedua bagi sesi 2024/2025.
Persiapan yang teliti dan rapi telah dilaksanakan seperti pembinaan reban ayam,alat-alatan yang diperlukan serta benih ayam.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan KOSASS yang telah menyediakan tempat pertanian dan modal yang berterusan.
Malam Apresiasi Semai Budi (MASEB) 2025
DI SINI BERMULA, DI SINI DIKENANG
Wednesday, October 12, 2022
SUDUT BACAAN READ@UNI
19/9/2022 Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah iaitu Prof Madya Dr. Mursyid bin Arshad telah merasmikan sudut bacaan yang diberi nama Wadah Ilmu, semasa majlis tersebut Pengetua telah berkongsi ilmu kepada staf dan pelajar. Semasa majlis perasmian, pengetua telah memberi sedikit pengenalan persekitaran kawasan di Kolej Sultan ALaeddin Suleiman Shah (KOSASS) adalah sebagai tempat untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang. Pengajaran dan pembelajaran bermula dari persekitaran yang kondusif. Oleh yang demikian KOSASS telah merealisasikan Sudut Bacaan yang diberi nama WADAH ILMU yang membawa maksud Platform, ruang dan tempat yang kita jadikan platform percambahan ilmu, serta menjadi jambatan untuk menggema seruan Al- Falah dari menara ilmu. Pemilihan tempat Wadah Ilmu ini telah dirancang dengan teliti bersesuaian dengan lokasi kediaman pelajar, selesa dan mudah dikunjungi oleh pelajar-pelajar.
Wadah Ilmu merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan untuk mendekatkan dan mendedahkan kolegit KOSASS dengan budaya membaca sama ada semasa masa terluang.
Wadah Ilmu ini dihasilkan dengan menggunakan dari bahan terbuang iaitu dari almari dan katil pelajar yang telah rosak, rekacipta rak dan susun atur Wadah Ilmu adalah hasil dari kreativiti staf KOSASS. Konsep yang diketegahkan adalah elastic cafe dimana pelajar boleh menggunakan Wadah Ilmu dengan suasana seperti berada di cafe.
video di YouTube
layari laman web kami : https://kosass.upm.edu.my/
PENILAIAN KALI KE DUA EKSA 2022
KOSASS telah tersenarai di antara 28 ptj yang terpilih bagi penilaian akhir anugerah EKSA. Terdapat tiga kolej kediaman yang terpilih dan KOSASS merupakan salah satu daripada kolej kediaman yang telah disenarai pendek dalam penilaian akhir tersebut. KOSASS telah dinilai oleh En. Mohd Sahrizan Mat Yatim dan Pn. Nor Hasni Zahari pada 6 Oktober 2022 yang lepas.
Persediaan oleh staf pentadbiran, felo dan Majlis Perwakilan Kolej telah bermula sejak Jun 2022 yang lepas. Pelbagai inovasi telah berjaya dibuat antaranya, membuat rak menggunakan kayu katil yang telah patah, membuat photobooth daripada lebihan paip pvc, membuat meja daripada paip pvc terpakai, membuat rak dan meja daripada bahan buangan, membuat pasu daripada tong cat dan banyak lagi.
KOSASS juga menyambut baik hasrat universiti dalam menyokong usaha ke arah kelestarian hijau dengan membina sebuah kabin bagi kegunaan projek kitar semula, pembangunan projek pertanian pintar, inovasi pemercik air dan banyak lagi. Semoga semua warga KOSASS mendapat manfaat daripada program yang dijalankan.
video di youtube : klik disini
layari laman web kami : https://kosass.upm.edu.my/
Wednesday, November 6, 2019
INOVASI








INOVASI










Malam Apresiasi Semai Budi
DI SINI BERMULA, DI SINI DIKENANG Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2024/2025 dengan ...

-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua wakil kolej yang telah menjayakan Majlis Perasmian SUKOL 2...
-
SEWAAN DEWAN JAUHARI Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, UPM mempunyai sebuah Dewan yang diberi nama Dewan Jauhari, UPM dengan me...
-
SELAMAT DATANG KE KOSASS KOSASS merupakan kolej kediaman yang menempatkan anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)....