Wednesday, March 19, 2025

PGTK KOSASS PENGGERAK PENGLIBATAN BELIA DALAM PERTANIAN

 


PGTK KOSASS PENGGERAK PENGLIBATAN BELIA DALAM PERTANIAN

Oleh: Qurratus Safwah

 




 

   

SERDANG, 10 Januari- Seramai 381 penghuni kolegiat Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia(UPM) dari berbagai-bagai latar belakang pendidikan dan pengajian telah menceburkan diri dalam Projek Gempur Tani KOSASS (PGTK), di sini, baru-baru ini.

Kebun PGTK ini menjalankan tanaman sayur-sayuran seperti sawi, kangkung dan buah naga secara konvensional di Tapak Pertanian A manakala tanaman di Tapak Pertanian B menggunakan sistem fertigasi dengan menempatkan tanaman cili.

Ketua Projek Projek Gempur Tani KOSASS (PGTK), Muhammad Alif Amirul berkata hasil tanaman segar seperti kangkung, sawi dan buah naga telah dipasarkan di kedai makan serta kolej-kolej sekitar UPM mengikut hari dan masa tempahan yang diminta oleh para pelanggan.





Selain memasarkan hasil tanaman di sekitar UPM, tempahan secara atas talian juga diterima daripada pelanggan luar UPM yang berminat untuk mendapatkan hasil tanaman PGTK.

Pengambilan tempahan dijalankan melalui dua cara, iaitu penghantaran terus (COD) yang dikenakan caj dan pengambilan sendiri( self-pickup) .

Katanya kelab PGTK juga merancang untuk meneruskan inisiatif tanaman yang sedia ada dan bercadang untuk menjalankan penternakan ayam yang akan bermula pada semester kedua bagi sesi 2024/2025.

 Persiapan yang teliti dan rapi telah dilaksanakan seperti pembinaan reban ayam,alat-alatan yang diperlukan serta benih ayam.

 “Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan KOSASS yang telah menyediakan tempat pertanian dan modal yang berterusan.




Malam Apresiasi Semai Budi (MASEB) 2025






DI SINI BERMULA, DI SINI DIKENANG

 
 
 Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pengurusan KOSASS telah menganjurkan Malam Apresiasi Semai Budi (MASEB) 2025 pada 18 Januari 2025 (Sabtu) bertempat di Monkey Canopy Resort, Cheras. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Mazlan Lazim, Presiden Alumni PALAPES U-Putra (ALPUTRA). MASEB 2025 turut diserikan lagi dengan sumbangan dari barisan penaja iaitu Opah Strawberries, Persatuan Komuniti Prihatin, Zar Lynx Sdn. Bhd., Tumparak Sdn. Bhd., Persatuan Pendidikan Mimosa dan Plus Sixty Coffee. Majlis ini telah meraikan seramai 53 orang pelajar tahun akhir yang hadir dengan tradisi ‘Datang bersambut, pulang berhantar’ yang diamalkan oleh KOSASS saban tahun.
MASEB 2025 diadakan untuk menghargai dan meraikan pelajar tahun akhir KOSASS, UPM atas pencapaian serta sumbangan mereka sepanjang tempoh pengajian. Bertemakan “Bollywood”, majlis ini diserikan lagi dengan slogan “Where Stories Come Alive” yang menggambarkan tema dan bagaimana MASEB menjadi platform untuk mengenang dan menghidupkan semula kisah perjalanan, pencapaian, serta kenangan bermakna bagi pelajar sepanjang berada di KOSASS.
Atur cara program yang merangkumi ucapan pembukaan, persembahan, penyampaian anugerah, dan jamuan makan telah dirangka dengan teliti bagi memastikan kelancaran majlis. Menurut pengarah program, saudari Rabiatul Adawiyah binti Mohammed Azaruddin, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pasukan penganjur untuk memastikan kelancaran majlis, termasuk perancangan yang teliti, kerjasama antara pasukan, dan pengurusan masa yang baik. “Walaupun berhadapan cabaran seperti perancangan logistik, kekurangan dana, penyelarasan jadual tetamu, dan isu teknikal, masalah ini berjaya diatasi melalui kerjasama erat dalam pasukan.” kata saudari Rabiatul Adawiyah lagi. Pelan kecemasan turut disediakan untuk menangani situasi yang tidak dijangka semasa majlis berlansung sebagai langkah keselamatan.
Suasana malam tersebut dimeriahkan lagi dengan acara kemuncak iaitu penyampaian Anugerah Bakti Dikenang (ABK) bagi kategori utama iaitu Anugerah Permata KOSASS. Anugerah ini telah dinobatkan kepada saudari Irina Erliana atas sumbangan signifikan dan pencapaian luar biasanya sepanjang berada di KOSASS. Hiasan dewan yang elegan dengan pencahayaan dramatik serta susunan pentas yang menarik memeriahkan lagi suasana pada malam tersebut.
Saudari Rabiatul Adawiyah meluahkan rasa bangga dan gembira melihat kejayaan program ini. “Saya berasa lega kerana usaha semua pihak membuahkan hasil. Harapan saya adalah agar program seperti ini terus dijalankan dengan kualiti yang lebih baik dan memberikan impak yang lebih besar kepada semua yang terlibat,” katanya. MASEB 2025 bukan sahaja mencerminkan penghargaan tulus kepada pelajar atas usaha dan dedikasi mereka, malahan sekaligus menjadi inspirasi untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.























Malam Apresiasi Semai Budi

  DI SINI BERMULA, DI SINI DIKENANG       Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2024/2025 dengan ...