Monday, May 30, 2016

30 MEI 2016 - SISTEM FERTIGASI, TANAMAN TERAPUNG & LANDSKAP


Pada 30 Mei 2016. Kami berkesempatan menggunakan Kit Fertigasi yang dibeli daripada pihak UCTC, Universiti Putra Malaysia. Kit tersebut bernilai RM 300.00 yang terdiri daripada tanah, polibeg hitam, benih cili, tong air, Baja A dan B dan lain-lain. Proses pemasangan Kit Fertigasi adalah dengan menyediakan polibeg yang diisi tanah. Kami menanam Pokok Cili, Tomato dan Terung yang telah disemai terlebih dahulu ditempat lain. Tong air pula diletakkan ditempat yang lebih tinggi supaya air dapat disalurkan ke dalam polibeg. Kemudian dipasang paip saluran fertigasi ke setiap polibeg. Tong air tersebut kemudian dicampur dengan Baja A dan B. 







Tenaga kerja : Staf KOSASS

Selain itu, kami juga membuat sistem tanaman sayur kangkung secara terapung di dalam kolam ikan. Teknik ini hanya memerlukan botol terpakai dimana perlu dipotong separuh botol (secara melintang) untuk diletak tanaman dan ditebuk beberapa lubang di bawahnya untuk sumber air kepada tanaman melalui kolam ikan. Kemudian span digunakan sebagai medium menggantikan tanah. Span tersebut ditebuk tengah secara memanjang. Seterusnya sayur kangkung yang telah disemai diletakkan di dalam span tersebut di mana akarnya boleh mencapai air di dalam kolam ikan. Tanaman ini mendapat sumber baja secara semulajadi dari kolam ikan. Gambar seperti di bawah.





Pada 30 Mei 2016. Kami membuat sedikit perubahan pada landskap kebun kami. Dengan berkonsepkan 'Kebunku Seindah Taman' kami membuat laluan ke Kolam Ikan Fertigasi beralaskan batu-batu sungai. Proses tersebut bermula dengan membersihkan laluan tersebut kemudian ditaburkan batu sungai dan sedikit proses cat. Batu sungai dan cat tersebut kami perolehi dari stor yang sudah tidak digunakan lagi.


Tenaga kerja: Staf KOSASS

No comments:

Post a Comment

RAYA 2018