Tuesday, October 30, 2018



PERTANDINGAN FAIRY GARDEN

Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) antara salah satu daripada keseluruhan Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang menyertai pertandingan “Fairy Garden” yang dijalankan sepanjang berlangsungnya Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Kali Ke-42.

Bersama dengan kakitangan yang bertungkus-lumus menyiapkan Fairy Garden.
*En. Zulkifli Sulaiman (tiada dalam gambar)


Seluruh Staf KOSASS yang bekerjasama dalam menghasilkan Fairy Garden. Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat Tuan Pengetua & Pengurus yang banyak memberikan sumbangan dan dorongan sepanjang menyiapkan Fairy Garden ini.


Fairy Garden yang diberikan nama sebagai Taman Terapeutik Fantasia ini memberikan ketenangan dan kedamaian dengan bunyi kicauan burung, air terjun dan tumbuhan yang menghijau lagi segar. Fairy Garden ini juga mempunyai spesies kaktus berbunga yang jarang ditemui, iaitu Stapelia gigantea.  Dengan izin Allah, pada hari penilaian tersebut, bunga kaktus itu kembang mekar dan menarik perhatian ramai orang yang berkunjung ke Pameran Pertandingan Fairy Garden.

Stapelia gigantea

**cerita selanjutnya boleh layari laman web rasmi KOSASS







No comments:

Post a Comment

Malam Apresiasi Semai Budi

  DI SINI BERMULA, DI SINI DIKENANG       Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2024/2025 dengan ...