Thursday, February 14, 2019

Taman Mini Herba Kosass


    


Taman Herba ini terletak di tapak Gong Pidato Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). Berkeluasan 20 kaki dan mempunyai beberapa jenis spesis tumbuhan herba tempatan , untuk pelbagai kegunaan seperti perubatan, aromatherapi, dan kosmetik, termasuk sebagai ulam dan rempah.
Taklimat yang diberikan oleh Dr. Paiman bin Bawon (Fakulti Perhutanan) adalah berkenaan ciri-ciri tanaman herba, khasiat pokok herba, cara penanaman dan cara penjagaan tanaman herba kepada staf KOSASS.
  Pemilihan konsep untuk dekorasi atau taman lazimnya dipengaruhi trend terkini. Ternyata konsep taman herba tempatan yang diterapkan itu bukan sekadar menawarkan keindahan semula jadi, malah boleh menjadi pelengkap ramuan dalam masakan.

    Tumbuhan herba memang diketahui umum mempunyai pelbagai kegunaan. Namun tidak ramai yang berminat untuk mendalami ilmu penanamannya kerana beranggapan pokok herba sukar ditanam. Apa yang pasti, konsep landskap begini dapat memberi pengajaran dan pembelajaran kepada pelawat. Melalui taman herba ini,kami berkongsi pengetahuan cara menanam dan menggunakannya dalam kehidupan harian.
   Tumbuhan herba yang di tanam adalah :

  • Lengkuas / Kaempferia Galanga
  • Bangun- bangun@ Ati-ati Hijau / Solenostemon Ambioinicus
  • Sirih / Piper Betle
  • Ulam Raja / Cosmos Caudatus
  • Serai / Cymbopogon Citratus
  • Belalai Gajah / Clinacanthus Nutans
  • Limau Purut / Citrus Hystrix
  • Limau Kasturi / Citrus Microcarpa
  • Kari / Murraya Koenigii
  • Pokok Rama-Rama / Mariposa Christia Vespertillonis
  • Misai Kucing /Orthosiphon Stamineus
  • Jarum Tujuh Bilah / Pereskia Sacharosa
  • Kelor @ Merunggai / Moringa Oleifera
  • Lidah Buaya / Aloe Vera
  • Petai / Parkia Speciosa
  • Bunga Telang / Clitoria Ternatea
  • Tenggek Burung / Euodia Redleyi
  • Roselle @ Asam Raya @ Asam Susur / Hibiscus Sabdariffa L.
  • Kacang Botol / Psophocarpus Tetragonolobus
  • Cili Padi / Capsicum Frutescens Linn

No comments:

Post a Comment

SUDUT BACAAN READ@UNI

       19/9/2022 Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah iaitu Prof Madya Dr. Mursyid bin Arshad telah merasmikan sudut bacaan yang dib...